“Saya rasa tak okey…”- Syamsul Yusof Mahu Berehat Dari Media sos1al, Al4mi Ganggvan Ment4l?
JARANG memuat naik perkongsian di laman sosial, pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof berkata, langkah dibuatnya itu turut menjadi tanda tanya netizen sehingga ada yang melahirkan rasa risau.
Menganggap media sosial mampu merosakkan minda, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, berkata dia ingin mengambil masa untuk berehat daripada platfrom itu.
“Saya tak tahu orang lain… tapi kita tahu, media sosial ini boleh meros4kkan mental kita. Sebab itu kadang-kadang saya berehat daripada media sosial.
“Mungkin sebab faktor usia… saya rasa tak okay bila bangun dan nak tidur saja, mesti nak tengok handphone. Saya terfikir yang saya kena berpijak di bumi nyata.

Syamsul (kiri) dan Adi Putra bakal bergandingan semula dalam filem KL G4ngster 3.
“Kita kena jaga diri kita. Bagi saya, kena take a break. Tapi bila saya tak update apa-apa di IG melibatkan filem atau apa-apa, orang akan mula tanya saya okay ke tak?
“Orang ingat saya str3ss. Benda ini sudah menjadi kebiasaan sebab itu kita kena ubah mindset,” kata Syamsul.
Perkongsian Syamsul itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Rabu.
Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.
Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik dan hos rancangan Astro, Aswad Jalil.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Syamsul pernah membuat laporan polis selepas menerima ugut4n dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.
Berkongsi mengenai kontrov3rsi rumah tangganya dengan aktres Puteri Sarah, Syamsul menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah yang perlu dihadapi setiap manusia.
Hanya mampu lakukan yang terbaik, pelakon dan pengarah berbakat ini mengharapkan doa buat keluarganya.

Komen Netizen:


Sumber: mstar via mediamalaysia.cc