
“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia Kat Dunia Ni” – Ahli Keluarga Datin Zalina
Umum tahu, bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin dilaporkan sudah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat.
Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh apabila kedua-dua isteri jurulatih bola sepak itu dilaporkan bergaduh di sebuah restoran mamak di Shah Alam.
Susulan itu, ahli keluarga kepada Datin Zalina memuat naik perkongsian memberikan sokongan terhadap wanita itu serta mengatakan bahawa penyondol tidak akan hidup bahagia.
“Found this video in my drafts and this made me tear up so much. You don’t deserve any of this maklong, you deserve all the happiness in the world.
“38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? Men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni,” tulisnya.
Sementara itu, anak perempuan Datin Zalina iaitu Zahira Aisyah dilihat ada memuat naik satu video di TikTok memberikan kata-kata semangat buat ibunya.