“Suami Aku Berdarah Depan Mata Aku, Tolong Jangan Komen Benda Bodoh”


“Suami Aku Berdarah Depan Mata Aku, Tolong Jangan Komen Benda Bodoh”

Semalam, pelakon Kamal Adli berdepan kejadian tidak diingini apabila diserang oleh seorang individu menggunakan cota besi ketika menghadiri satu acara di Singapura.

Ketika itu Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose sedang melayan peminat untuk bergambar sebelum suspek datang mencari Kamal yang disangkakan peminat.

Menerusi perkongsian Uqasha lewat pagi tadi, Kamal perlu menjalani pembedahan major berikutan kecederaan di belakang kepalanya.

Dalam pada itu, Uqasha turut mendedahkan mesej diterima menerusi aplikasi WhatsAppa dipercayai dihantar oleh lelaki yang memukul suaminya.


Menerusi mesej tersebut, individu berkenaan menggelar Kamal sebagai anjing serta mengugut mahu membunuh aktor itu.

Kata Uqasha, lelaki berkenaan sudah lama menjadikan Kamal sebagai sasaran namun tidak dapat dipastikan punca individu itu menyimpan dendam.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru Uqasha meminta orang ramai tidak meninggalkan komen bodoh jika tidak ada perkara baik untuk dicakapkan susulan dia membuat kenyataan Kamal diserang penduduk negara tersebut.

Ujarnya lagi, dia menyaksikan suami berdarah-darah di depan matanya dan dia mengalami trauma sehingga menggigil. 

Uqasha turut menjelaskan lelaki yang menyerang Kamal adalah warga Singapura berdasarkan kad penegenalannya dan bukan orang tidak siuman.



Sumber : ROTIKAYA

LihatTutupKomentar