Wanita Terkilan M3rtua Control Sepenuhnya Duit Suami, Dah Setahun Kahwin Belum Merasa Nafkah Dari Suaminya
![](https://sembangdunia.com/wp-content/uploads/2022/05/merytua-vs-menantu-777x437.jpg)
Wanita Terkilan M3rtua Control Sepenuhnya Duit Suami, Dah Setahun Kahwin Belum Merasa Nafkah Dari Suaminya
Tidak dinafikan bagi setiap anak lelaki, ibu adalah insan yang perlu ditaati sehingga ke akhir hayat mereka. Namun apabila sudah berkahwin, tanggungjawab akan beralih kepada isteri dan anak-anak.
Namun, sudah banyak kisah kita dengar apabila si anak melebihkan ibu sehingga nafkah isteri terabai. Seperti kisah tular di TikTok ini, seorang wanita mendedahkan perkahwinan hanya bertahan setahun sahaja
Seperti kita tahu, meskipun wanita bekerja namun suami perlu melaksanakan tanggungjawab nafkah. Bagaimanapun, wanita ini berkata suaminya tidak pernah memberikan nafkah sepanjang berkahwin.
Lebih kesal, wanita itu memberitahu mentuanya yang mengawal urusan suaminya. Kata wanita itu lagi, dia juga dipernah dianggap menantu oleh mentuanya.
Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melabel suaminya sebagai ‘anak emak’ sehingga urusan rumah tangga juga dikawal oleh ibu.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin sudah tiada jodoh dan tiada guna bertahan jika tidak bahagia. Malah, ramai mendoakan wanita itu bertemu dengan jodoh
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Sembang Dunia Ya. Terima Kasih
SUMBER: TikTok / updateinside