Ceria Bertukar Pilu, Remaja M4ut Kem4langan Ketika Beli Kek Pada Hari L4hir Sendiri
![](https://sembangdunia.com/wp-content/uploads/2022/06/Colorful-Cafe-Donuts-Pastries-Food-Blogger-Facebook-Cover-5-777x437.jpg)
Ceria Bertukar Pilu, Remaja M4ut Kem4langan Ketika Beli Kek Pada Hari L4hir Sendiri
Remaja m4ut kem4langan ketika Sedang membeli kek pada hari lahir sendiri, demikianlah kitaran hidup yang bermula dan berakhir ‘tepat’ pada waktunya.
Seorang remaja berusia 16 tahun maut akibat kemalangan jalan raya semasa keluar membeli kek bagi persiapan majlis sambutan hari lahirnya sendiri baru-baru ini.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ), arwah meninggal dunia selepas terlibat kemalangan yang berlaku di sebuah lampu isyarat berdekatan stesen minyak.
Difahamkan, pada awalnya arwah keluar dari rumah untuk membeli kek hari jadinya yang bakal disambut pada hari berkenaan bersama keluarganya.
Dalam masa sama, ibunya pada ketika itu sedang membuat persiapan juadah untuk menyambut hari yang penuh bermakna buat anaknya itu.
Namun ajal itu tidak mengenal waktu. Arwah ditakdirkan kembali ke Rahmatullah pada tarikh yang sama dia dilahirkan 16 tahun yang lalu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berita menyayat hati ini, mari kita selami dengan lebih mendalam lagi menerusi perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan-PKAJ.
5.00 petang PKAJ tiba di bilik m4yat dan ayah kepada arwah menjalankan pengecaman terhadap anaknya, syukur segala Allah permudahkan. 5.45 petang jenazah tiba di Masjid Ubudiah bagi menjalankan urusan mandian kafan dan solat.
6.35 petang, urusan pengebumian selesai dilakukan serta dibantu sahabat-sahabat almarhum di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar Segambut.
Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan dari awal hingga akhir. Maafkan kami andai ada terkasar bahasa yang sedar atau tidak terlebih terkurang sewaktu pengurusan dijalankan, Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah ke atas almarhum.
PERHATIAN: Pihak Sembang Dunia tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Silakan pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih